Tuesday, 23 July 2013

Sekilas.....CANTIK



Salam Ramadhan..sudah hari yg ke - 15 berpuasa..rasa seronok sgt..xlama lg nak raya da..ok.Entry kali ni,sy nk kongsi tip-tip solekan yang sangat senang dipraktikkan pada hari raya yang bakal menjelang tiba...Jom layan!!!

ILHAM FLORA 

Tip 1: Pilihlah kombinasi dua warna kelopak bunga sebagai warna pembayang mata. Anda bebas menggunakan warna-warna daripada kelompok warna yang berbeza. 

Tip 2: Elakkan sapuan penggaris mata hitam terlalu tebal kerana ia boleh menengelamkan warna pembayang mata. Pengaplikasian solekan daripada warna-warna bunga sebaik-baiknya tidak menggunakan warna hitam atau warna-warna gelap lain. 


Tip 3: Untuk menyerlahkan lagi solekan pada mata, gunakan teknik solekan soket. Ia mampu memberikan variasi dua warna yang berbeza. Adunkan dengan kemas agar hasil solekan lebih halus. 


Tip 4: Pemilihan warna pemerah pipi yang disarankan adalah merah jambu lembut dan pic. Boleh juga sekadar menyapu bronzer. 


Tip 5: Memadailah dengan olesan penggilat bibir. Solekan akan kelihatan lebih segar secara keseluruhannya. Untuk pemilihan warna penggilat bibir pula, warna-warna seperti pic, merah jambu lembut atau nude adalah lebih sesuai. 




SELAMAT MENCUBA !!!



No comments:

Post a Comment